Friday, March 12, 2010

Future


I'm sorry for the lack of post.I have so many things to say but I just don't have the time to write it here.Ha ha,I'm studying my ass off.I slept at 1.30 am yesterday,I was doing exercise for accounting.Accounting is hard man.I was planning after my spm result,If i get a good result especially in economy.Insyaallah.I want to apply to University Malaya.I've heard that,the university offer the greatest economy courses and the lecturers are pretty good.It is really nerve wrecking to think about SPM. :/

Here's an articial I've found on the internet.Its in Malay.

SALAH satu bidang pengajian yang popular di peringkat pengajian tinggi terutama di universiti ialah ekonomi.Pengajian ekonomi yang ditawarkan oleh universiti tempatan ialah mengikut keperluan guna tenaga terlatih dengan harapan dapat memimpin dalam pelbagai bidang ekonomi dan industri kini dan masa hadapan.



Peningkatan peranan sektor swasta yang semakin penting dalam ekonomi negara telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini menyebabkan semakin banyak peluang pekerjaan dan keperluan guna tenaga di bidang ekonomi.

Sebenarnya, sejak di peringkat sekolah menengah lagi pelajar telah didedahkan dengan mata pelajaran Ekonomi Asas serta yang yang berkaitan dengannya.

Manakala di universiti, pelajar mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam dan meluas.

Pengajian bidang ekonomi di universiti mempunyai pelbagai pengkhususan. Universiti Malaya (UM) mengkhusus di bidang Pengajian Pentadbiran dan Politik, Ekonomi Gunaan, Ekonomi Analisa, Pengajian Pembangunan dan Statistik Gunaan.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya menawarkan pengkhususan ekonomi dasar awam, ekonomi antarabangsa, ekonomi industri, ekonomi sumber manusia, ekonomi pembangunan pertanian dan ekonomi Islam.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pula menawarkan pengkhususan di bidang ekonomi perdagangan dan perniagaan antarabangsa.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula menawarkan pengkhususan di bidang ekonomi dan perniagaan antarabangsa, ekonomi industri dan organisasi, ekonomi pemasaran dan ekonomi industri perkhidmatan.

Program pengajian ekonomi ini antara lain bertujuan menghasilkan lulusan yang mahir dalam bidang ekonomi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara yang semakin tinggi dari segi permintaannya.

Semasa pengajian di universiti, pelajar akan diajar tentang pengetahuan asas ekonomi termasuk teori, permintaan dan penawaran, struktur pasaran dan pengeluaran, sehingga kepada pengajian ekonomi makro yang lebih luas mencakupi ekonomi negara dan perdagangan antarabangsa.

Pelajar juga didedahkan dengan komputer dan sistem maklumat ekonomi.

Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Mereka boleh berkhidmat di institusi-institusi kewangan, industri-industri, sektor awam dan sektor swasta sebagai eksekutif, pengurus, pentadbir, ahli ekonomi, penyelidik, pegawai perancang ekonomi serta jawatan lain seperti guru dan pensyarah bidang ekonomi.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Meminati profesion ini

(ii) Mempunyai pengetahuan tentang ekonomi dan perniagaan

(iii) Mempunyai pengetahuan dibidang matematik

(iv) Mempunyai asas statistik

(v) Mahir menggunakan komputer

(vi) Mampu menganalisis tentang perkembangan ekonomi

(vii) Sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi negara dan antarabangsa

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI

Pelajar yang berminat dan memilih kerjaya di bidang ini perlu memiliki ijazah sarjana muda di bidang ekonomi (pelbagai pengkhususan) dari universiti tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan.

TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Kebanyakan universiti tempatan menawarkan program ekonomi di peringkat sarjana muda. Ini termasuk UKM, UM, KUSTEM, UUM, UNIMAS, UPM, UMS, UIAM, USM, UPSI dan KUIM.

Universiti-universiti luar negara juga banyak menawarkan program ini seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah rakyat (Mara) melalui beberapa program pengajian ijazah universiti luar negara turut menghantar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia.

SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.

Cara pertama: Di bawah program pengajian luar negara tajaan JPA dan Mara pelajar perlu lulus cemerlang peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Prinsip Akaun.

Cara kedua: Untuk mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi selama satu tahun, pelajar perlu lulus cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta mata pelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip Akaun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda.

Cara ketiga: Pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Pengajian Am dan Ekonomi. Selain itu, pelajar perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik di peringkat SPM.

Cara keempat: Beberapa universiti juga mengambil pelajar di bawah kes khas. Melalui cara ini, pelajar perlu mempunyai diploma atau sijil di bidang ekonomi, perniagaan pengurusan atau perakaunan dari UiTM atau Politeknik Kementerian Pelajaran.

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com